Site icon TechNave BM

OnePlus 9R akan dilancar di China dengan edisi khas Ultraman Tiga

OnePlus telah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan sebuah lagi varian dalam siri OnePlus 9, OnePlus 9R, dalam pasaran China pada 15 April. Sebelum ini, OnePlus 9R hanya dilancar untuk pasaran India dan kini nampaknya OnePlus mungkin akan lancarkan varian itu dalam negara-negara lain.

Hari ini, OnePlus mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan edisi khas OnePlus 9R yang dijenamakan dengan tema adiwira dari Jepun, Ultraman Tiga. OnePlus tidak menyenaraikan butiran penuh tentang telefon edisi khas itu, namun ia dijangka akan dilengkapi spesifikasi yang sama dengan OnePlus 9R biasa namun mempunyai hiasan bertemakan Ultraman Tiga.

OnePlus 9R adalah varian yang terendah dalam siri OnePlus 9, dengan cipset Snapdragon 870, skrin AMOLED 6.55 inci 120Hz, tiga kamera, Warp Charge 65W, bateri 4,500mAh dan rating kalis air IP68. Ia telah dilancar untuk pasaran India pada harga INR39,999 (~RM2,276) untuk varian 8GB+128GB dan INR43,999 (~RM2,504) untuk varian 12GB+256GB.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 9R dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Realmi Central

Exit mobile version