Site icon TechNave BM

OnePlus Ace 3 bakal dilancar pada 4 Januari 2024, tampilkan SD 8 Gen 2

OnePlus Ace 3 dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 4 Januari 2024 seperti yang disahkan oleh jenama tersebut. Acara pelancaran di China akan memperkenalkan tiga varian warna iaitu Star Black, Moon Sea Blue dan Sand Gold.

Pelancaran global di bawah nama OnePlus 12R dijadualkan pada 23 Januari 2024 menawarkan edisi hitam dan biru. Kemudian, keputusan penanda aras Geekbench mempamerkan prestasi yang mengagumkan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 di mana ia mendapat skor 1559 dalam ujian teras tunggal dan 5044 dalam ujian pelbagai teras.

Spesifikasi yang dilaporkan untuk OnePlus Ace 3 termasuk paparan OLED melengkung 6.78 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar penyegaran semula 120Hz. Peranti ini mempunyai kamera hadapan 16MP dan tri-kamera belakang menampilkan sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultra-lebar 8MP dan sensor makro 2MP.

Ace 3 akan dilengkapi dengan RAM LPDDR5x, storan UFS 4.0 dan bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 100W. Konfigurasi mungkin termasuk RAM 12GB + storan 256GB, RAM 16GB + storan 512GB, dan RAM 16GB + storan 1TB. Ciri tambahan termasuk pemancar IR, pengimbas cap jari bawah paparan dan Android 14 berdasarkan ColorOS 14.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version