OnePlus telah melancarkan OnePlus Ace di China menampilkan cipset MediaTek Dimensity 8100-MAX baharu. Ia membawa reka bentuk garis lurus dan mempunyai bingkai rata dengan sudut bulat. Bahagian belakang peranti mempunyai dua tona warna dengan garis menegak memberikan cengkaman yang selesa apabila dipegang. Ia berukuran 8.2mm dan 186 gram.
Kamera peranti di bahagian kiri atas belakang menempatkan tri-kamera Sony IMX766 50MP (dengan OIS, 4K, mod malam dan banyak lagi) + lensa ultra lebar Sony IMX355 8MP dan sensor makro 2MP dan flash LED. Telefon pintar mempunyai lensa Samsung ISOCELL S5K3P9SP 16MP untuk mengambil swafoto dan panggilan video.
Ia memaparkan paparan OLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 360Hz dan juga kadar pensampelan sentuhan gaming 720Hz juga. Ia menawarkan gamut warna 100 peratus DCI P3, sokongan HDR10+ dan kecerahan maksimum 1000 nits. Skrin mempunyai potongan lubang tebuk (punch-hole) di tengah atas untuk kamera hadapan.
OnePlus Ace hadir membawa LPDDR5 RAM 12GB dan storan UFS 3.1512GB. Peranti ini menjalankan ColorOS 12 berdasarkan Android 12 dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 150W yang mengagumkan. Peranti anda boleh meningkat daripada 0% hingga 100% dalam masa kurang daripada 17 minit. Ia mendapat pensijilan TÜV Rheinland bagi pengecasan pantas yang selamat dan mengekalkan 80% kesihatan bateri selepas 4 tahun digunakan.
Daripada segi sambungan, ia menyokong 5G, dwi 4G LTE, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, GPS, NFC dan port USB -C untuk pengecasan dan pemindahan data. Peranti ini juga mempunyai pengimbas cap jari bawah paparan dan mempunyai motor linear paksi X dan kawasan penyejukan terbesar dalam pembangunan OnePlus.
OnePlus juga telah memperkenalkan klip belakang penyejukan titik beku (freezing point cooling back clip) OnePlus 18W. Ia dilengkapi dengan penyejukan overclocking dwi-saluran, bahan kekonduksian terma ultra tinggi dan pelepasan haba super pertama dalam industri. Mereka mendakwa bahawa penyejuk luaran ini akan menghasilkan purata 59.1 bingkai dan mengekalkan suhu peranti kepada hanya 36.4 ℃ walaupun selepas sejam bermain game.
OnePlus Ace hadir dalam warna hitam dan biru muda (boleh bertukar warna). Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Gizmochina

