Site icon TechNave BM

OnePlus akan lancarkan telefon edisi khas bersama Apex Legends pada 7 Ogos 2024

Jika anda merupakan seorang pemain game popular Apex Legends Mobile, anda mungkin akan berminat dengan sebuah telefon baharu yang bakal dilancar oleh OnePlus. Syarikat teknologi itu bakal melancarkan telefon lipat edisi khas OnePlus Open Apex Edition pada 7 Ogos 2024.

OnePlus Open merupakan telefon lipat pertama yang dilancar oleh OnePlus pada bulan Oktober tahun lalu. Edisi khas ini bakal mempunyai warna merah Crimson Shadow, di samping warna edisi asal iaitu Emerald Dusk dan Voyager Black.

OnePlus Open Apex Edition dengan warna Crimson Shadow

Syarikat itu masih belum mengesahkan jika edisi khas ini membawa sebarang pembaharuan spesifikasi berbanding OnePlus Open asal, namun ia bakal mempunyai Mod VIP yang akan meningkatkan privasi pengguna dengan mematikan lokasi, kamera dan mikrofon apabila mod itu diaktifkan. Selain itu, ia juga akan didatangkan dengan RAM 16GB serta storan sehingga 1TB.

Kapasiti memori dan VIP Mode

Memandangkan OnePlus Open tidak dilancar di Malaysia, besar kemungkinan edisi khas ini juga tidak akan dilancar di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version