Site icon TechNave BM

OnePlus akan pamerkan sesuatu yang baru pada 3 Mac ini

Terbaru, OnePlus UK memuat naik sebuah video di Twitter dan memberi sedikit pratonton untuk sesuatu yang mereka akan umumkan pada 3 Mac ini.

Mungkin anda berfikir ia adalah pengumuman untuk OnePlus 8, tetapi OnePlus UK turut mengesahkan bahawa ia bukanlah sebuah telefon pintar atau produk komersial.

OnePlus UK turut memuat naik beberapa gambar berkenaan pengumuman 3 Mac ini tetapi masih tidak dapat dikenal pasti apakah yang ingin dipersembahkan.

Apa agaknya yang ingin dibentangkan oleh OnePlus lusa nanti? Beritahu ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version