Site icon TechNave BM

OnePlus akan perkenalkan varian baru untuk telefon “flagship” iaitu OnePlus 9R

Siri telefon pintar andalan (flagship) OnePlus 9 dikhabarkan akan dilancar pada bulan Mac dan sebelum ini varian yang diramalkan adalah OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan OnePlus 9E. Kini terdapat maklumat baharu yang mengatakan nama sebenar untuk OnePlus 9E adalah OnePlus 9R dan bakal menjadi varian terendah dalam siri OnePlus 9.

OnePlus 9R dikhabarkan akan dilengkapi skrin 6.5 inci 90Hz Full HD+, cipset Snapdragon 690, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 30W, kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, RAM 8GB dan storan 128GB.

Untuk varian utama OnePlus 9 pula, ia mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 888, skrin 120Hz dan pengecasan pantas 65W. OnePlus 9 Pro sebelum ini dilaporkan akan dilengkapi kamera yang dibuat bersama jenama kamera terkenal dari Sweden, Hasselblad.

Di samping itu, jam tangan pertama dari OnePlus yang telah pun disahkan oleh bekas CEO mungkin akan dilancar bersama siri OnePlus 9. Kongsi pendapat anda tentang OnePlus 9R di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91 Mobiles

Exit mobile version