Site icon TechNave BM

OnePlus bakal lancarkan peranti penyejukan 27W bersama OnePlus Ace 2

Telefon pintar semakin lama semakin bertambah baik malah mampu bermain game yang mempunyai grafik tinggi. Tetapi satu masalah yang yang sering diadukan oleh pengguna adalah kepanasan. CPU dan GPU dalam cipset menjana banyak haba dan penyelesaiannya adalah dengan menggunakan peranti penyejukan.

Pada 7 Februari 2023, OnePlus akan melancarkan OnePlus Ace 2 iaitu peranti andalan dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Pada masa ini, cipset tersebut merupakan yang terpantas di pasaran dan seperti yang dijangkakan ia menjana banyak haba. OnePlus merasakan idea yang baik untuk menghasilkan peranti penyejuk.

Peranti penyejukan ini beroperasi pada kuasa 27W dan menjanjikan pelesapan haba yang kuat dengan prestasi overclocked pada telefon. Selain cipset, OnePlus Ace 2 juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W. Satu lagi ciri utamanya ialah sensor Sony IMX890 yang disertakan dengan penstabilan imej optikal.

Telefon ini juga akan menyokong imej RAW yang menjanjikan warna dan butiran yang lebih terang untuk foto yang diambil. Untuk makluman anda, OnePlus Ace Pro telah dijenamakan semula sebagai OnePlus 10T untuk pasaran global. Jadi, ia mungkin dipasarkan di Malaysia dengan menggunakan nama OnePlus 11T.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OnePlus

Exit mobile version