Site icon TechNave BM

OnePlus bangunkan telefon pintar dengan skrin boleh dilipat tiga kali, mungkin dilancar 2022

Paten yang ditemui baru-baru ini berkaitan OnePlus telah menunjukkan bahawa syarikat teknologi itu mungkin sedang mengusahakan telefon pintar boleh lipat dengan dua engsel yang boleh dikunci oleh peluncur. Peranti tiga paparan merupakan peranti pertama OnePlus dalam bidang paparan boleh lipat. 

Paten itu berkaitan dengan telefon boleh lipat dengan tiga bahagian paparan yang dicipta oleh Gao Yang dengan kapsyen terminal mudah alih. Ia telah difailkan di China pada 2020 dan diterbitkan pada Julai 2021. Kini, telah dimasukkan dalam penyenaraian global paten dalam pangkalan data World Intellectual Property Office (WIPO) untuk kelulusan dan perlindungan OnePlus.

Ini adalah beberapa paparan menakjubkan telefon pintar OnePlus Tri-Fold seperti yang dilihat di Technizo Concept. Peranti boleh dilipat dengan cara yang berbeza dan juga berfungsi sebagai tablet besar. Pembangunan reka bentuk telefon pintar ini agak mencabar dan pasti menghasilkan salah satu peranti yang inovatif. 

Kami menjangkakan telefon pintar OnePlus boleh lipat ini dilancarkan pada tahun 2022 dan mungkin terdapat lebih banyak fungsi yang menarik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version