Site icon TechNave BM

OnePlus buat tinjauan mengenai Oxygen OS, purata pengguna mengadu tidak berpuas hati

OnePlus telah beralih menjadi antara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Namun kini, mereka mengalami kekacauan peranti peniru, penjenamaan yang mengelirukan dan kekurangan kawalan kualiti.

Oxygen OS merupakan antara muka Android yang digunakan oleh OnePlus. Ini berubah apabila OnePlus menggabungkan kod terasnya dan kebanyakan reka bentuknya kepada Color OS OPPO telah menyebabkan kekecewaan dari orang ramai. Pengguna boleh memberitahu OnePlus mengenai perubahan tersebut pada tinjauan Oxygen OS yang baru dibuka.

Tinjauan itu mempunyai banyak bahagian terdiri daripada telefon yang sedang anda gunakan, perkara yang anda suka tentangnya, perkara yang anda tidak suka mengenainya dan banyak lagi. Beberapa soalan khusus turut ditanya mengenai Oxygen OS seperti kedudukan ciri yang penting menurut anda.

Agak jelas, tinjauan tersebut mendapat banyak komen yang negatif. Ramai orang mengadu tentang kekurangan kemas kini pada telefon lama, kelambatan kemas kini dan kitaran keluaran OnePlus yang mengelirukan.  

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Authority

Exit mobile version