Site icon TechNave BM

OnePlus Buds Ace miliki ANC, BassWave dan bateri 36 jam, bakal dilancar 7 Februari ini

Pada 7 Februari ini, OnePlus akan memperkenalkan produk baharu seperti OnePlus 11, 11R, tablet pertamanya dan banyak lagi. Manakala pelancaran di China akan memperkenalkan OnePlus Ace 2 dan OnePlus Buds Ace. Buds Ace akan mempunyai 36 jam jumlah hayat bateri bersama bekas pengecasnya.

Selain itu, Buds Ace akan mempunyai pengecasan pantas dengan 5 minit pengecasan membekalkan 10 jam masa bermain. Tambahan, ia mempunyai Pembatalan Hingar Aktif (ANC) dan menampilkan sistem bass dinamik yang dipanggil BassWave.

Fon telinga ini ini telah disyorkan oleh Liga Elit Peacekeeper oleh kerana sokongan Bluetooth 5.3 yang boleh menurunkan kependaman serendah 47ms. Untuk pengetahuan, acara global pada 7 Februari akan menandakan pelancaran global OnePlus Buds Pro.

Namun, tidak jelas berapa lama masa yang diambil untuk Buds Ace untuk dipasarkan secara global. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo OnePlus

Exit mobile version