Site icon TechNave BM

OnePlus Buds melepasi kelulusan, mungkin hadir bersama OnePlus Nord 21 Julai

Selain daripada peranti kelas pertengahan pertama OnePlus, OnePlus Nord, syarikat ini juga dilaporkan bakal melancarkan fon telinga wayarles pertamanya.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan tarikh pelancaran rasminya. Namun, terdapat sumber yang menyatakan bahawa ia mungkin dilancarkan bersama OnePlus Nord pada 21 Julai ini.

Bukti kewujudan OnePlus Buds (nama sementara memandangkan masih tiada nama rasmi) disertakan dengan gambar kelulusannya oleh agensi Finish SGS Fimko. Menurut gambar di atas, perumah boleh cas (charging case) OneBuds Plus bakal dilengkapi kelajuan mengecas 5V/1.5A atau 7.5W.

Gambar utama yang anda lihat pada awal artikel ini merupakan gambar lakaran tidak rasmi reka bentuk OnePlus Buds yang kelihatan seperti Apple Airpods.

Apa pun, kesemua maklumat ini hanya didedahkan oleh sumber tidak rasmi. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk mendapat kemas kini mengenai berita teknologi terkini dan spesifikasi lebih lanjut mengenai OnePlus Buds.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version