Site icon TechNave BM

OnePlus Buds Pro 2 bakal menjadi fon telinga pertama sokong audio ruangan Android 13

OnePlus bakal melancarkan fon telinga wayarles baharu iaitu OnePlus Buds Pro 2 pada 7 Februari 2023. Selain menawarkan kualiti audio yang jelas, Buds Pro 2 merupakan fon telinga wayarles stereo sebenar (true wireless stereo, TWS) pertama yang menyokong fungsi audio ruangan (spatial audio) dalam Android 13.

Fungsi audio ruangan menawarkan pengalaman multi-dimensi di mana sumber bunyi akan datang daripada arah yang sama, tidak kiralah jika kepala bergerak sebanyak mana sekali pun. Ia juga menawarkan kualiti audio 3D seperti dalam panggung wayang.

OnePlus Buds Pro 2 dilengkapi algoritma janaan ruangan (spatial rendering algorithm) dan sensor ukuran inersia (inertial measurement unit, IMU) untuk menghasilkan audio ruangan dengan penstabilan yang lebih kukuh serta penggunaan untuk lebih banyak aplikasi video dan audio.

Selain itu, ia juga boleh dihubungkan secara Bleutooth kepada dua peranti Android serentak dan boleh menukarkan sumber audio secara automatik, bergantung kepada tugasan yang sedang dilakukan. Pengguna tidak perlu lagi mengubah sambungan Bluetooth secara manual.

OnePlus Buds 2 Pro akan dilancar dalam acara OnePlus Cloud 11 Event yang akan berlangsung pada 7 Februari 2023. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version