Site icon TechNave BM

OnePlus Buds Pro bakal dilancar bersama Nord 2 5G pada 22 Julai ini

Selain pelancaran telefon pintar OnePlus Nord 2, OnePlus juga mengesahkan bahawa mereka akan perkenalkan sepasang fon telinga wayarles yang baru pada 22 Julai ini. Ia hadir dengan nama OnePlus Buds Pro dan dilengkapi ciri ANC bersama bateri yang tahan lama.

OnePlus dilihat telah memuat naik sebuah poster peranti ini dengan warna yang gelap. Namun, kita masih dapat lihat reka bentuk fon telinga tersebut yang hadir dengan batang berkilat. Ia juga mempunyai tip yang ke dalam, reka bentuk yang hampir sama dengan Apple AirPods Pro.

Untuk spesifikasinya, peranti ini akan hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) bersama tiga mikrofon. Mikrofon ini dapat memantau bunyi ambien dan menghasilkan frekuensi untuk membatalkan bunyi tersebut. Selain itu, OnePus Buds Pro mempunyai jangka hayat bateri selama 38 jam. Ia juga menyokong Warp Charge memberikan hayat bateri selama 10 jam dengan pengecasan selama 10 minit sahaja.

Adakah anda berminat dengan OnePlus Buds Pro ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version