OnePlus Malaysia kini mengumumkan bahawa fon telinga OnePlus Buds Z bakal hadir di pasaran Malaysia pada 30 November 2020. Selain OnePlus Buds Z, OnePlus Nord varian 12GB+256GB akan turut tersedia pada hari tersebut.
Untuk menonton siaran langsung pelancarannya, anda boleh ke laman Facebook rasmi atau saluran YouTube rasmi OnePlus. Pelancaran akan bermula pada jam 12PM, 30 November 2020.
Sepintas lalu, OnePlus Buds Z dilengkapi pemacu dinamik 10mm, rating tahan air IP55 dan sokongan Vluetooth 5.0. Ia turut dilaporkan mampu bertahan sehingga 20 jam untuk permainan media seperti muzik. Anda boleh menyemak spesifikasi OnePlus Nord di pautan ini.
Adakah anda berminat dengan peranti OnePlus ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

