Site icon TechNave BM

OnePlus dilapor bakal guna kamera Leica pada telefon pintarnya, termasuk OnePlus 9

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai beberapa spesifikasi dan rekaan siri OnePlus 9. Siri OnePlus 9 ialah siri peranti andalan untuk jenama OnePlus. Sumber kini melaporkan bahawa OnePlus bakal berkolaborasi dengan Leica, membawa sistem lensa kamera Leica pada telefon pintarnya termasuk OnePlus 9.

Sebagai peringatan, maklumat ini bukan daripada sumber yang rasmi. Namun, sumber pernah mendedahkan maklumat mengenai industri telefon pintar yang ternyata benar. Oleh itu, maklumat ini mungkin boleh mengisi teka-teki jangkaan spesifikasi peranti OnePlus seterusnya, terutama siri OnePlus 9 yang bakal hadir.

Jika benar, OnePlus akan menjadi salah satu jenama telefon pintar yang menggunakan sistem kamera Leica selain daripada HUAWEI. Kolaborasi dengan Leica ini bukan sesuatu yang mengejut kerana CEO OnePlus pernah memaklumkan bahawa mereka ingin mengoptimumkan prestasi kamera.

Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari pihak OnePlu sendiri. Anda bole menyemak berita lepas mengenai gambar dan spesifikasi OnePlus 9 di pautan ini.

Gambar prototaip OnePlus 9 dari sumber melalui GSMArena

Komen pandangan anda mengenai siri OnePlus 9 dengan kamera Leica di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: @RODENT950

Exit mobile version