Site icon TechNave BM

OnePlus Featuring Keyboard 81 Pro dilancar, papan kekunci mekanikal pertama OnePlus

OnePlus melengkapkan acara utama bagi tahun ini dengan melancarkan papan kekunci mekanikal pertamanya. OnePlus Featuring Keyboard 81 Pro ialah peranti pertama dalam jenama OnePlus Featuring iaitu platform ciptaan baharu bersama syarikat lain. Syarikat yang menyertai kerjasama bagi menghasilkan papan kekunci ini ialah Keychron.

OnePlus Featuring Keyboard 81 Pro sangat serupa dengan papan kekunci mekanikal Keychron Q1 Pro. Ia datang dengan 81 kekunci dan susun atur AS. Terdapat RGB terbina dalam manakala badannya adalah aluminium CNC. Papan kekunci ini mempunyai Bluetooth 5.1 terbina dalam tetapi boleh disambungkan melalui port USB-C.

Terdapat bateri berkapasiti 4,000mAh di dalamnya yang boleh bertahan selama 100 jam dengan RGB pada tahap kecerahan paling rendah. Ia datang dengan dua jenis suis iaitu Winter Bonfire dan Summer Breeze. Badan kekunci Winter Bonfire diperbuat daripada plastik PBT manakala Summer Breeze menggunakan Marble-mallow.

Papan kekunci mempunyai susun atur gaya komputer riba dengan ketiadaan pad nombor. OnePlus Featuring Keyboard 81 Pro menggunakan kekunci hot-swappable di mana pengguna boleh menggantikan kekunci tanpa perlu membuka papannya.

Spesifikasi lain yang unik pada papan kekunci ini ialah terdapat butang peluncur fizikal dan tombol berputar yang boleh ditetapkan untuk pelbagai ciri pada bahagian belakang. OnePlus Featuring Keyboard 81 Pro akan mula dijual pada bulan April namun OnePlus masih belum mendedahkan harganya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version