Site icon TechNave BM

OnePlus hentikan sokongan kemas kini untuk siri OnePlus 7 dan 7T

Jika anda menggunakan siri OnePlus 7 atau siri OnePlus 7T, maka ini merupakan masa yang sesuai untuk menukar telefon yang lebih baharu kerana kemas kini OxygenOS 12 MP3 adalah yang terakhir untuk kedua-dua siri telefon pintar itu. Hal ini diumumkan melalui siaran forum komuniti OnePlus dalam sebuah pengumuman yang ditulis oleh wakil pasukan perisiannya, Winkey W.

Dalam catatan itu, Winkey juga menegaskan bahawa OnePlus sedang berusaha untuk melancarkan ciri tambahan OXygenOS 12 MP3 untuk 7, 7 Pro, 7T dan 7T Pro yang akan meningkatkan keselamatan Android Disember 2022. Selain itu, kemas kini itu dapat meningkatkan prestasi sistem dan kestabilan sambungan rangkaian mudah alih.

Kemas kini baharu akan hadir beberapa bulan selepas kedua-dua telefon pintar menerima kemas kini OxygenOS 12 yang merupakan perisian terakhir peranti.  Bagi mereka yang tidak tahu, OnePlus 7T dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 855+ manakala OnePlus 7 menampilkan cipset Snapdragon 855. 

Kedua-dua peranti merupakan telefon yang dilancar pada 2019, jadi sekarang ia sudah pun mencapai waktu di mana mereka akan menerima kemas kini yang terakhir. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version