Site icon TechNave BM

OnePlus jelaskan punca sebuah Nord 2 meletup secara tiba-tiba

Beberapa hari lalu, sebuah telefon pintar kelas pertengahan OnePlus Nord 2 dilaporkan telah meletup sewaktu pemiliknya keluar berbasikal. Kejadian tersebut telah mendapat perhatian meluas dalam media sosial Twitter dan kini OnePlus telah pun mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi berkenaan telefon itu.

OnePlus mengatakan mereka telah berhubung dengan pemilik Nord 2 tersebut dan melancarkan penyiasatan untuk menentukan punca letupan. Mereka membuat kesimpulan bahawa letupan tersebut berpunca daripada faktor luaran dan bukannya disebabkan oleh isu binaan telefon atau pengilangannya.

Mereka akan kekal berhubung dengan pemilik telefon tersebut dan akan membantu beliau, namun OnePlus tidak menjelaskan bentuk bantuan yang akan diberikan. Syarikat teknologi China itu menjamin bahawa segala produknya telah pun menjalani pelbagai ujian keselamatan dan kualiti agar ia selamat digunakan oleh para pengguna.

Nord 2 yang meletup itu dimiliki oleh pengguna di India bernama Ankur Sharma, di mana telefonnya itu meletup secara tiba-tiba selepas menggunakannya selama lima hari.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Screen Rant

Exit mobile version