Site icon TechNave BM

OnePlus lancarkan HydrogenOS 11 berasaskan Android 11, perkenal pelbagai fungsi baru

OnePlus telah melancarkan sistem operasi HydrogenOS 11 untuk perantinya dalam pasaran China dan ia memperkenalkan beberapa fungsi baru seperti mod skrin sentiasa hidup (always-on display), nota bersuara (voice note), mod gelap yang lebih baik dan banyak lagi.

Menurut sumber, HydrogenOS 11 mempunyai rekaan baharu yang menambah baik pengalaman penggunaan telefon OnePlus, dengan idea agar pengguna boleh mendapat tahu pelbagai informasi dalam skrin hanya dengan pandangan ringkas. Daripada segi fungsi, OnePlus telah memperkenalkan skrin sentiasa hidup, aplikasi cuaca, galeri pintar (smart gallery) dengan fungsi-fungsi suntingan, mod satu tangan, pengurusan memori ORM yang lebih pantas dan banyak lagi.

Buat masa ini, hanya siri OnePlus 8 yang layak mendapat sistem operasi baru ini namun peranti-peranti lain akan ditambah pada masa hadapan. Memandangkan HydrogenOS 11 sudah dilancar, kita boleh jangkakan OxygenOS 11 dalam masa terdekat. CEO OnePlus mengatakan versi beta terbuka untuk OxygenOS 11 akan diadakan tidak lama lagi dan ia adalah sama dengan HydrogenOS 11, di mana perbezaan utama hanya pada kewujudan Google Play Services.

Adakah anda pemilik OnePlus 8 yang teruja untuk mendapatkan OxygenOS 11? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WCCFTech

Exit mobile version