Site icon TechNave BM

OnePlus lancarkan Nord Wired Earphones baharu dengan pemacu dinamik 9.2mm

Sebelum ini, OnePlus pernah melancarkan Nord Buds CE wayarles pada bulan lepas dan kini, ia meneruskan jenis fon telinga dengan gear audio berwayar. Berikut merupakan spesifikasi yang ditawarkan oleh produk baharu ini.

Daripada segi reka bentuk, Nord Wired Earphones kelihatan seperti siri OnePlus Bullets Wireless Z. Ia menampilkan pemacu dinamik 9.2mm, bunyi 0.42cc dan kalis air IPX4. Sepasang fon telinga ini juga mempunyai mikrofon dalam talian. 

Terdapat juga kawalan fizikal pada kabel dan setiap satu fon telinga mempunyai magnet di bahagian belakang. Fon telinga ini juga akan menjeda (pause) audio yang dimainkan apabila ia dimagnetkan dan sambung main semula setelah dipisahkan.

OnePlus Nord Wired Earphones hadir dalam warna hitam sahaja berharga €19.99 (~RM90) di Eropah. Buat masa ini, kami masih tidak tahu sama ada fon telinga ini akan masuk ke pasaran Asia.

Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version