Site icon TechNave BM

OnePlus lanjutkan dasar waranti eksklusif berterusan untuk pengguna di Malaysia

OnePlus telah mengumumkan lanjutan dasar waranti eksklusif berterusan untuk pengguna OnePlus di Malaysia sehingga 31 Disember 2022. Namun, ia hanya pada atas dasar siapa cepat dia dapat.

Pada Julai tahun ini, dasar waranti eksklusif diperkenalkan meliputi model tertentu bertujuan untuk memanfaatkan pengguna OnePlus Malaysia yang sedia ada dan memberi pengalaman penuh OnePlus ke pasaran tempatan.

Pada masa ini, pengguna OnePlus baharu dan sedia ada boleh melawati dua pusat perkhidmatan rasmi untuk membaiki telefon pintar mereka. Mereka juga boleh memanfaatkan perkhidmatan Mail-in-Repair daripada kedai OnePlus yang mengambil bahagian di mana telefon pintar mereka akan dihantar ke pusat servis secara percuma. 

Selain itu, pengguna juga boleh memilih perkhidmatan Self-mail-in-Repair (SIR) dengan menghantar telefon mereka ke 1Powerhouse OnePlus Authorised SIR Centre dengan yuran penghantaran masuk ditanggung oleh pengguna dan bayaran pemulangan ditanggung oleh pusat SIR. Untuk tahu lebih lanjut, lawati laman web rasmi OnePlus di sini.

OnePlus turut mengumumkan Sokongan Komuniti (Community Support) melalui Komuniti OnePlus serta akses yang lebih mudah kepada pembaikian IoT. Syarikat itu juga mengadakan aktiviti Komuniti sambil menawarkan beberapa hadiah untuk dimenangi.

Pengguna boleh ikut serta aktiviti “Unboxing and Win” dan berpeluang memenangi OnePlus bundle eksklusif dengan memuat naik “buka kotak OnePlus 10T 5G”. Bundle tersebut bernilai lebih RM500 terdiri daripada sepasang OnePlus Nord Buds, OnePlus 10T 5G Glacier Mat Case Grey dan sarung telefon Bumper Case Sandstone. Anda boleh klik di sini untuk ketahui lebih lanjut. 

Bagi perkhidmatan pembaikian IoT, pengguna boleh menikmati perkhidmatan selepas jualan untuk produk OnePlus IoT di pusat perkhidmatannya yang sah. Ini selaras dengan matlamat jenama untuk mengembangkan IoT syarikat dan meningkatkan kehidupan digital rakyat Malaysia dengan lebih baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Apakah pendapat anda mengenai tawaran yang disediakan OnePlus? Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version