Bagi menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 pada bulan ini, OnePlus Malaysia akan menganjurkan promosi khas yang akan berlangsung pada 23 Ogos hingga 17 September 2024. Dalam promosi ini, beberapa telefon pintar akan dijual pada harga promosi seperti OnePlus 12R, OnePlus 12 dan OnePlus Nord CE4 Lite 5G.
OnePlus akan menawarkan potongan harga sehingga RM300 untuk telefon yang dijual dalam promosi ini dan setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma dengan nilai sehingga RM199. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai promosi ini:
Anda boleh layari laman OnePlus di Shopee atau Lazada untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Jangan lupa juga untuk tonton ulasan kami tentang OnePlus Nord CE4 Lite 5G untuk pandangan penuh kami mengenainya.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

