Site icon TechNave BM

OnePlus mengacah TV Y1S dan Y1S Edge sebelum pelancarannya, miliki reka bentuk premium dan bezel nipis

OnePlus akan melancarkan dua lagi TV di India tidak lama lagi dan jenama itu baru sahaja mendedahkan nama bagi peranti tersebut. OnePlus TV Y1s dan Y1S Edge akan membawakan reka bentuk premium dengan bezel nipis dan boleh didapati melalui Amazon India, Flipkart dan peruncit rakan kongsi.

TV ini dikatakan menawarkan reka bentuk premium dan pengalaman menonton yang memuaskan pada harga yang berpatutan. OnePlus akan mendedahkan lebih banyak butiran mengenai TV dalam beberapa minggu akan datang dan pelancaran dijangka akan berlangsung pada minggu ketiga Februari.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version