Site icon TechNave BM

OnePlus mungkin akan biarkan Nord jadi jenamanya sendiri

Sejak pengenalannya pada 2020, siri telefon pintar kelas pertengahan OnePlus Nord adalah siri peranti yang agak popular di kalangan pengguna. Walau bagaimanapun, jenama OnePlus Nord itu mungkin tidak akan berada di bawah naungan OnePlus lagi pada masa hadapan.

Menurut sumber, jenama Nord mungkin akan dipisahkan daripada OnePlus untuk lebih fokus pada segmen telefon pintar kelas pertengahan. Ini bermaksud Nord bakal menjadi sebuah jenama yang bergerak sendiri tanpa sebarang pengaruh daripada OnePlus.

Memandangkan OnePlus adalah jenama yang sinonim dengan telefon kelas atasan seperti OnePlus 10 Pro, mereka mungkin ingin mengasingkan diri daripada segmen telefon kelas pertengahan.

Sebelum ini, perkara serupa telah berlaku untuk realme yang berpisah daripada OPPO, iQOO yang berpisah daripada vivo dan POCO yang berpisah daripada Xiaomi.

Perlu diingat bahawa ini bukanlah berita rasmi daripada OnePlus. Kali terakhir sebuah peranti OnePlus Nord dilancar di Malaysia adalah OnePlus Nord CE 2 5G yang berharga RM1,499 dan dilancar pada Mac 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pemisahan Nord daripada OnePlus dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Mobile Indian

Exit mobile version