Site icon TechNave BM

OnePlus mungkin akan lancarkan 6 telefon pintar pada 2022

OnePlus telah melancarkan telefon pintar andalan OnePlus 10 Pro di China pada awal tahun ini dan nampaknya ia mungkin bakal menjadi satu daripada enam telefon yang dirancang oleh OnePlus sepanjang tahun ini.

Menurut pengkhabar berita teknologi Yogesh Brar, maklumat tentang jadual pelancaran produk OnePlus untuk 2022 telah tertiris yang memaparkan pelancarkan untuk enam telefon pada tahun ini.

Selepas OnePlus 10 Pro akan dilancarkan pada Mac ini untuk pasaran antarabangsa, syarikat teknologi China itu akan melancarkan OnePlus Nord CE2 Lite pada bulan April, diikuti dengan OnePlus Nord 2T pada bulan Mei.

Selepas itu, OnePlus 10R akan dilancar pada bulan Mei, OnePlus Nord 3 pada bulan Julai dan diakhiri dengan OnePlus 10 Ultra pada suku ketiga 2022.

Nampaknya OnePlus semakin menyerupai OPPO selepas OnePlus bergabung dengan OPPO pada tahun lepas, dengan melancarkan pelbagai telefon untuk beberapa kategori harga. Perlu diingati bahawa ini bukanlah maklumat rasmi daripada OnePlus, namun syarikat itu telah melancarkan beberapa telefon kelas pertengahan sejak 2021 jadi jadual pelancaran ini mungkin ada benarnya.

Untuk pasaran Malaysia, OnePlus telah melancarkan telefon kelas pertengahan OnePlus Nord CE 2 5G pada bulan ini yang dijual pada harga bermula RM1,499.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version