Site icon TechNave BM

OnePlus mungkin sedang membina telefon baru yang dilengkapi pengecasan pantas 18W

OnePlus telah memperkenalkan telefon kelas pertengahan terbaru, OnePlus Nord, pada bulan lepas. Kini laporan terbaru mengatakan syarikat telefon pintar dari Shenzen itu sedang membina sebuah lagi telefon pintar mampu milik yang akan dilengkapi dengan pengecasan pantas 18W.

Maklumat ini berdasarkan pengiktirafan terbaru daripada Technischer Überwachungsverein (TÜV) Rheinland Jepun yang menunjukkan unit pengecas dengan tanda dagang “ONEPLUS” dan mempunyai kadar kuasa 18W. Pengiktirafan tersebut telah dikeluarkan pada 13 Ogos 2020.

Sebelum ini, terdapat khabar yang mengatakan OnePlus sedang mengusahakan dua buah telefon pintar mampu milik yang mempunyai kod nama Billie. Telefon baru ini mungkin akan dilengkapi satu kamera swafoto sahaja dan cipset Snapdragon 690 5G.

Pengiktirafan oleh TÜV itu hanya menunjukkan produk pengecas dan tidak semestinya untuk telefon pintar baru, namun tidak mustahil juga jika OnePlus ingin mengeluarkan peranti kelas pertengahan yang lebih murah berbanding Nord. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version