Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 2 5G dilancar: Dimensity 1200 AI, cas pantas 65W, 3 kamera 50MP bermula ~RM1,595

OnePlus hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru di India iaitu OnePlus Nord 2 5G. Ia dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik seperti cipset MediaTek Dimensity 1200 AI dan kamera 50MP dengan sensor Sony IMX766 iaitu sensor sama yang terdapat dalam siri OnePlus 9.

Cipset tersebut berdasarkan Dimensity 1200 namun dengan prestasi kecerdasan buatan (AI) yang diperbaharui. Untuk memori pula, ia dilengkapi RAM sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB.

Daripada segi bateri, ia berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas Warp Charge 65T, di mana OnePlus mengatakan ia boleh dicas penuh sepantas 30 minit.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord 2 5G:

OnePlus Nord 2 5G akan dijual di India pada harga bermula INR27,999 (~RM1,595) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version