Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 2 bakal dilengkapi skrin Fluid AMOLED 90Hz

OnePlus telah pun mengesahkan kewujudan telefon pintar kelas pertengahan seterusnya, OnePlus Nord 2 yang bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200-AI dan akan dilancar pada 22 Julai ini. Kini, OnePlus telah mengesahkan satu lagi maklumat tentang peranti tersebut iaitu tentang skrinnya.

OnePlus Nord 2 bakal dilengkapi skrin Fluid AMOLED berukuran 6.43 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan pengiktirafan warna HDR10+. Ini membuatkannya agak serupa dengan skrin dalam OnePlus Nord pertama yang dilancar pada tahun lepas.

Selain daripada itu, masih tiada maklumat lanjut tentang telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki OnePlus Nord 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version