Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 2 mungkin dilancar Q2 2021, dilengkapi cipset Mediatek Dimensity 1200 5G

OnePlus telah mula memasuki pasaran telefon pintar kelas pertengahan selepas melancarkan telefon OnePlus Nord pada bulan Ogos lalu. Kini, berita mengenai generasi kedua peranti ini pula mula muncul di dalam talian.

Berdasarkan sumber terbaru, peranti generasi baru OnePlus Nord ini akan diberi nama OnePlus Nord 2 dan ianya bakal dikuasai oleh cipset kelas andalan Mediatek Dimensity 1200 5G.

Ini adalah berita yang besar untuk telefon OnePlus kerana mereka hanya menggunakan cipset yang dikeluarkan oleh Qualcomm sahaja sejak dari awal lagi. Lebih menarik dan pelik, kali ini OnePlus meletakkan cipset kelas andalan untuk telefon kelas pertengahan mereka.

Dengan cipset Dimensity 1200, ia akan mempunyai sokongan 5G secara global. Tambahan lagi, ia juga dapat menyokong dua SIM 5G tunggu sedia (5G Dual SIM Dual Standby).

OnePlus Nord

OnePlus Nord 2 dijangka akan memasuki pasaran pada suku kedua tahun ini (Q2 2021).

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version