Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G akan dilancar di Malaysia pada 14 Julai 2022

OnePlus Malaysia bakal memperkenalkan dua telefon pintar kelas pertengahan terbaharu pada hari Khamis, 14 Julai 2022 iaitu OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G.

Syarikat itu juga telah mengesahkan beberapa spesifikasi utama untuk kedua-dua telefon. OnePlus Nord 2T 5G akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1300, pengecasan pantas 80W SUPERVOOC dan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766. Telefon ini telah pun dilancar di pasaran Eropah pada bulan Mei lalu.

OnePlus Nord 2T
OnePlus Nord CE 2 Lite 5G

Sementara itu, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G pula dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 120Hz, sistem operasi OxygenOS 12.1 dan tiga kamera yang menyokong mod Nightscape. Telefon ini telah pun dilancar di pasaran India pada bulan April lalu.

Pada bulan Mac lalu, telefon OnePlus Nord terakhir yang dilancar di Malaysia adalah OnePlus Nord CE 2 5G yang dilengkapi skrin AMOLED 90Hz, cipset MediaTek Dimensity 900, pengecasan pantas 65W dan tiga kamera di belakang serta dijual pada harga RM1,499.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua telefon OnePlus Nord ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version