Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 2T bakal jadi telefon pertama dengan cipset Dimensity 1300

Menjelang acara pelancaran OnePlus Nord 2T 19 Mei ini, OnePlus mengesahkan satu butiran baharu tentangnya setiap hari. Semalam, ia mengesahkan sokongan untuk pengecasan SuperVOOC 80W yang boleh mengekalkan kuasa untuk kegunaan seharian ke dalam bateri dalam masa 15 minit sahaja.

Kapasiti bateri tidak disebutkan, tetapi ketirisan berita sebelum ini mengesahkannya bakal dilengkapi bateri 4,500 mAh. Pengumuman hari ini mengesahkan Nord 2T dilengkapi cipset Dimensity 1300 dan akan menjadi telefon yang pertama menggunakannya. Ia merupakan cip 6nm yang mempunyai empat teras Cortex-A78, empat teras A55 dan GPU Mali G77 MC9.

Menurut khabar angin, peranti ini akan menampilkan kamera utama dengan sensor 50MP IMX766 OIS, kamera ultra-lebar 8MP, kamera kedalaman 2MP dan kamera swafoto 32MP IMX615. Pendedahan terakhir ciri bagi peranti ini adalah pada 19 Mei dan ia mungkin mengenai ciri skrin yang dikhabarkan menggunakan FHD+ 6.43 inci 90Hz.

Turut dilancarkan juga nanti ialah Nord CE 2 Lite 5G dan Nord Buds secara global (Eropah, AS dan wilayah lain). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: OnePlus

Exit mobile version