Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 2T dilancar di Malaysia: Cas pantas 80W, cipset Dimensity 1300 bermula RM1,899

OnePlus Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu iaitu OnePlus Nord 2T 5G. Telefon ini menampilkan pelbagai spesifikasi menarik seperti cipset MediaTek Dimensity 1300 5G dan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC.

Dengan pengecasan tersebut, OnePlus mengatakan ia boleh mengecas penuh baterinya yang berkapasiti 4,500mAh sepantas 27 minit sahaja.

Telefon ini juga mempunyai modul kamera yang agak berupaya, terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766 dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra lebar 8MP dengan sudut penglihatan 120 darjah dan kamera monokrom 2MP. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 32MP sama seperti dalam OnePlus 10 Pro dengan penstabilan imej elektronik (EIS).

Cipset Dimensity 1300 boleh menghasilkan prestasi yang pantas untuk kegunaan harian dan gaming. Untuk tujuan gaming, ia menawarkan fungsi Hyper Boost Gaming Suite bagi meningkatkan prestasi telefon dan sensitiviti skrin dengan kadar bacaan sentuh 1,000Hz.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord 2T 5G:

Ia akan mula dijual di Malaysia pada 19 Julai. Para pembeli awal sebelum 31 Julai akan menerima fon telinga wayarles OnePlus Nord Buds secara percuma, selagi stok masih ada.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version