Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 2T dilancar: Dimensity 1300, AMOLED 6.43″ 120Hz dan SuperVOOC 80W bermula ~RM1,850

OnePlus mengumumkan telefon siri Nord baharu hari ini dengan Nord 2T. Ini adalah telefon pertama dengan cipset MediaTek Dimensity 1300 baharu dan turut menawarkan paparan 120Hz serta pengecasan pantas 80W.

Sebagai pengganti OnePlus Nord 2, Nord 2T membawa peningkatan dalam tiga komponen utama iaitu cipset, kamera swafoto dan kelajuan pengecasan. Bermula dengan cipset, Nord 2T ialah telefon pertama dengan cipset MediaTek Dimensity 1300.

Cipset ini dibina pada proses 6nm TSMC dengan satu teras Arm-Cortex A78 yang mencatatkan kadar 3Ghz, tiga teras A78 tambahan pada kadar 2.6GHz dan empat teras A55 yang cekap kuasa pada kadar 2GHz. Bahagian GPU menggunakan Arm Mali-G77 MC9.

Skrinnya dilengkapi AMOLED 6.43 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 90Hz. Panel ini dilindungi oleh Gorilla Glass 5 dan menampilkan kamera swafoto 32MP yang terletak pada lubang tebuk (punch hole). Bahagian belakang terdapat kamera utama Sony IMX 766 50MP bersama-sama ultra-lebar 8MP dan kamera monokrom 2MP.

Selain itu, ia hadir dengan antara muka OxygenOS 12.1 berdasarkan Android 12 dan bateri 4,500 mAh dengan sokongan pengecasan SuperVOOC 80W. Terdapat dua pilihan warna iaitu Jade Fog dan Gray Shadow. Harganya bermula pada €399 (~RM1,850) untuk varian 8/128GB manakala varian 12/256GB berharga €499 (~RM2,310).

Adakah anda berminat dengan telefon pintar ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version