Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 3 5G akan dilancarkan pada 5 Julai 2023

Menurut kenyataan Twitter COO dan Presiden OnePlus, Kinder Liu, OnePlus Nord 3 5G akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang.

OnePlus Nord 3 5G akan hadir dalam warna Misty Green yang membawa spesifikasi telefon kelas pertengahan terkini. Warnanya cukup cantik menghasilkan pegagan yang selesa dan kemasan berkilat.

Butiran lanjut tentang OnePlus Nord 3 5G akan didedahkan pada acara pelancarannya pada 5 Julai 2023. Untuk menonton acara pelancaran dan mengikuti perkembangan terkini dengan OnePlus Nord 3 5G, lawati laman web rasmi OnePlus Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version