Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 3 5G bakal dilancar, tampilkan cipset Dimensity 9000 dan RAM 16GB

Nampaknya, OnePlus sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar kelas pertengahan baharu tidak lama lagi kerana peranti itu dikesan dalam penyenaraian Geekbench. Ia dijangka akan dilancarkan di India pada akhir bulan ini atau pada bulan Julai dengan nama OnePlus Nord 3 5G.

Penyenaraian Geekbench menunjukkan beberapa spesifikasi utama telefon pintar itu termasuk cipset MediaTek Dimensity 9000, GPU Mali-G710, RAM 16GB dan sistem operasi Android 13.

Nord 3 5G dikatakan versi global OnePlus Ace 2V yang hanya eksklusif China. Jika ini benar, maka ia mungkin menampilkan paparan AMOLED 120Hz 6.74 inci dengan resolusi 1.5k, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W dan kamera swafoto 16MP.

Walau bagaimanapun, Nord 3 5G mungkin menukar kamera utama 64MP Ace 2V kepada 50MP dengan dua lagi kamera sokongan iaitu kamera ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version