Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 3 bakal dilengkapi skrin AMOLED 6.7″ 120Hz, pengecasan 150W dan RAM 12GB

Laporan baharu daripada salah satu sumber yang boleh dipercayai mendedahkan beberapa spesifikasi utama yang terdapat pada OnePlus Nord 3. Sudah tentu ini adalah khabar angin memandangkan siri Nord biasanya dilancarkan pada musim panas. Menurut sumber, Nord 3 akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 8100 baharu.

Untuk pengetahuan, Redmi K50 ialah telefon pintar terbaharu dilancarkan yang dikuasakan oleh cipset yang sama. Ia akan dipasangkan bersama RAM LPDDR5 12GB dan 256GB storan UFS 3.1. Paparannya akan menggunakan skrin AMOLED 6.7 inci dengan resolusi HD+ Penuh beresolusi 1080 x 2412 px dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Terdapat juga maklumat tentang kamera swafoto yang terletak pada lubang tebuk (punch hole) di sudut kiri atas skrin. Untuk fotografi, Nord 3 akan mempunyai kamera swafoto 16MP dan persediaan tiga kamera pada bahagian belakangnya.

Kamera utama mungkin menggunakan sensor Sony IMX766 50MP dengan apertur f/1.8 manakala kamera ultralebar menggunakan sensor 8MP dan kamera monokrom 2MP seperti Nord 2. Baterinya berkapasiti 4,500 mAh dengan sokongan pengecasan 150W. Ciri-ciri lain ialah pengimbas cap jari pada paparan dan motor haptik linear paksi X.

Minggu lepas, pensijilan 3C mendedahkan telefon pintar OnePlus dengan pengecasan 160W serta mempunyai spesifikasi yang sama. Sumber mengatakan bahawa “PKGM10” daripada pensijilan itu ialah telefon pintar OnePlus 5G. Namun, hari ini pihaknya telah mengesyaki bahawa peranti itu ialah Nord 3.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version