Site icon TechNave BM

OnePlus Nord bakal dihuni Snapdragon 765G, AMOLED 90Hz, 2 kamera ‘selfie’ 32MP + 8MP

Sebelum ini, nama OnePlus lebih sinonim dengan spesifikasi telefon pintar flagship. Spesifikasi kamera flagship OnePlus seperti X-ray juga menjadi bualan hangat. Setelah mendapat tempat dalam industri telefon pintar, OnePlus kini merancang untuk mengeluarkan OnePlus Nord, peranti pertengahan dengan harga lebih berpatutan.

OnePlus sendiri telah mengesahkan nama rasmi peranti kelas pertengahannya, OnePlus Nord. Terdapat sumber yang melaporkan bahawa ia bakal dihuni tetapan dua kamera hadapan yang terdiri daripada lensa 32MP dan 8MP. Tambah sumber, lokasi dan reka bentuk kamera hadapannya dilihat seperti HONOR V30 Pro.

HONOR V30 Pro

Sepintas lalu, OnePlus Nord bakal dilancarkan Julai ini, seiring dengan peranti lain seperti Redmi K40 5G, ASUS ROG Phone 3 dan lain-lain. Ia mungkin hadir dengan skrin AMOLED 90Hz, Snapdragon 765G, RAM 6GB, bateri 4000mAH dan kamera quad utama 48MP.

Apa pun, kesemua ini hanyalah jangkaan spesifikasi. Adakah anda bakal menyambar peranti kelas pertengahan pertama OnePlus ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version