Site icon TechNave BM

OnePlus Nord CE 2 5G akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 900

OnePlus bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan OnePlus Nord CE 2 5G pada 17 Februari 2022 seperti yang telah diumumkan sebelum ini. OnePlus telah pun mengesahkan bahawa telefon itu akan dilengkapi pengecasan pantas 65W dan kini mereka mengesahkan satu lagi info penting tentang peranti itu.

OnePlus Nord CE 2 5G bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 900, sama seperti informasi yang telah tertiris sebelum ini. Ini bakal menjadi telefon OnePlus pertama yang dilengkapi cipset kelas pertengahan itu dan membuatkannya setaraf dengan telefon seperti OPPO Reno7 dan HONOR 60 SE.

Selain itu, sebuah gambar untuk reka bentuk peranti tersebut juga telah dikongsi oleh OnePlus di mana ia mempunyai warna biru Bahamas Blue.

OnePlus masih belum mengesahkan spesifikasi lain untuk peranti ini. Ia dikhabarkan bakal dilengkapi skrin AMOLED 90Hz 6.43 inci, kamera 64MP+8MP+2MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 4,500mAh.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version