Site icon TechNave BM

OnePlus Nord CE 2 5G bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Hari ini, OnePlus Malaysia telah menyiarkan poster promosi OnePlus Nord CE 2 5G di mana ia akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi. Namun, buat masa ini tiada sebarang tarikh diumumkan tetapi mungkin tiba pada awal Mac atau lebih.

Harganya masih belum diumumkan tetapi kami menjangkakan sekitar RM1000. Sebagai rujukan, harga di beberapa pasaran adalah 349 Euro (~RM1,660), 299 Pounds (~RM1,702) dan 23,999 Rupee (~RM1,338). Pasaran Malaysia akan mendapat model 8GB + 128GB dijangka harga peranti dalam anggaran di atas. Terdapat juga model 6GB + 128GB tetapi ia untuk pasaran India sahaja.

Dilihat balik, Nord CE 2 5G menampilkan cipset MediaTek Dimensity 900, paparan AMOLED 90H 6.43 inci dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 65W. Ia mempunyai bicu fon kepala dan slot storan sehingga 1TB.

Ia mempunyai tri-kamera belakang 64MP (utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) manakala kamera hadapan 16MP. Nord CE 2 juga menggunakan OxygenOS 11.3 lama tetapi OnePlus menjanjikan dua kemas kini Android utama pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version