Site icon TechNave BM

OnePlus Nord CE 2 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 900, cas pantas 65W, 3 kamera berharga RM1,499

Selepas pelancarannya untuk pasaran antarabangsa pada bulan lalu, OnePlus Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu OnePlus Nord CE 2 5G yang berharga RM1,499. Pra-tempahan akan dibuka bermula hari Sabtu, 19 Mac 2022 dan setiap pra-tempahan akan disertakan bersama fon telinga wayarles OnePlus Bullets Wireless Z Bass Edition.

OnePlus Nord CE 2 5G menampilkan spesifikasi yang agak menarik sperti skrin Fluid AMOLED berukuran 6.43 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Untuk spesifikasi dalamannya pula, ia terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 900, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB yang boleh ditambah sebanyak 1TB menggunakan kad microSD.

Baterinya pula berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W. Untuk fotografi, telefon ini mempunyai tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 16MP.

Berikut adalah senarai spesifikasi OnePlus Nord CE 2 5G:

Layari laman Facebook OnePlus Malaysia atau laman web rasmi OnePlus untuk maklumat lanjut tentang telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version