Site icon TechNave BM

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G dilancar di Malaysia: SD 695, kamera 64MP dan bateri 5,000mAh berharga RM1,199

Hari ini, OnePlus telah melancarkan beberapa produk termasuk OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. Ia dikuasakan cipset Snapdragon 695 5G yang menawarkan pemprosesan okta-teras dengan kelajuan sehingga 2.2 GHz. Cip ini membantu dalam meningkatkan prestasi sehingga 30% daripada generasi sebelumnya. 

Ciri yang lain termasuk RAM LPDDR4X 8GB, storan 128 GB, bateri 5,000mAh yang boleh bertahan kira-kira 21 jam dengan main balik video untuk sekali cas. Peranti juga menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 33W yang boleh mengecas daripada 1 hingga 50% dalam masa 30 minit sahaja. 

Daripada segi paparan, peranti ini menampilkan paparan FHD+ berukuran 6.59 inci dengan kadar penyegaran semula 120 Hz. Ia juga menyokong enjin gaming HyperBoost seperti General Performance Adapter (GPA) Frame Stabilizer yang berfungsi untuk mengurangkan turun naik kadar paparan ketika bermain game serta memberikan pengalaman gaming yang lebih stabil dan responsif.

Daripada segi kamera pula, OnePlus Nord CE 2 Lite mempunyai kamera utama 64 MP, sensor kedalaman 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera hadapannya pula membawa kamera swafoto 16MP dengan penstabilan imej elektronik atau electronic image stabilisation (EIS). Menarik sekali, ia mempunyai video dwi-paparan di mana anda boleh merakam menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak. 

Ia di pra-pasang dengan perisian OxygenOS 12.1 dan akan menerima 2 kemas kini utama Android serta tiga tahun kemas kini keselamatan. Anda boleh memilih untuk memiliki warna Blue Tide atau Black Dusk. Blue Tide menawarkan campuran warna biru dan kuning manakala Black Dusk pula mempunyai kemasan kabus hitam tanpa kilat.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas OnePlus Nord CE 2 Lite 5G:

Akhir sekali, reka bentuknya lebih rata serta nipis sehingga 8.5 mm membawa harga RM1,199. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version