Site icon TechNave BM

OnePlus Nord CE 3 akan dilancar pada 5 Julai 2023

Kini, varian standard untuk OnePlus Nord CE 3 telah didedahkan dan anda boleh melihatnya pada halaman rasmi OnePlus India. OnePlus Nord CE 3 disahkan akan menggunakan cipset Snapdragon 782G seperti yang dikhabarkan pada beberapa bulan lalu.

Pada masa yang sama, ia akan menampilkan skrin AMOLED dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan boleh didapati dalam warna Aqua Surge. Buat masa ini, kami tidak pasti sekiranya ia akan menawarkan warna dan spesifikasi yang lain.

Oleh itu, anda perlu menunggu tarikh pelancarannya pada 5 Julai 2023, jam 9:30 malam (waktu Malaysia). Buat masa ini, kami tidak pasti sekiranya ia akan tiba ke pasaran Malaysia ataupun tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: OnePlus India

Exit mobile version