Site icon TechNave BM

OnePlus Nord CE 5G akan dilancar pada 10 Jun ini!

Semalam, OnePlus telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar Nord CE (Core Edition) pada 10 Jun (7 malam waktu tempatan di India). Halaman web untuk telefon tersebut telah muncul di laman web OnePlus India menunjukkan kehadirannya tidak lama lagi.

Selain dari tarikh pelancaran, garis masa produk OnePlus yang lain juga telah ditunjukkan. Megikut garis masa tersebut, pra-tempahan OnePlus TV U Series U1S untuk ahli kelab OnePlus Red Cable akan bermula pada 10 Jun ini, manakala pra-tempahan OnePlus Nord CE pada 11 jun. Untuk orang awam, OnePlus TV U1S dan Nord CE 5G akan dijual secara terbuka bermula 11 dan 16 jun ini.

Nord CE 5G mungkin akan dijual pada tanda harga sekitar INR 20,000 (~RM1,142). Ia juga dijangka akan memasuki pasaran Eropah, namun sehingga kini tiada lagi khabar angin mengenai harga dan tarikh keberadaannya.

Untuk spesifikasi pula, Nord CE 5G mungkin akan menggunakan cipset Snapdragon 750G, kamera utama 64MP, kamera swafoto 16MP dan skrin 6.43 inci AMOLED 90Hz. OnePlus Nord CE 5G ini dikatakan adalah pengganti OnePlus Nord yang telah dilancarkan pada tahun lalu.

Adakah anda berminat dengan Nord CE 5G ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version