Site icon TechNave BM

OnePlus Nord dengan kamera ‘flagship’, calon raja ‘midrange’ terbaru hadir 21 Julai ini

Peranti pertama kelas pertengahan OnePlus Nord ini merupakan peranti yang menjadi bualan hangat dalam kalangan penggemar industri telefon pintar. Untuk pengetahuan anda, OnePlus bakal melancarkan OnePlus Nord melalui acara dalam talian yang menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR).

Pelancaran global yang unik ini bakal berlangsung pada 21 Julai 2020. Perlu kami ingatkan bahawa kehadirannya di Malaysia telah disahkan oleh OnePlus, namun tanpa tarikh rasmi. Anda boleh menyertai pelancaran secara AR ini dengan memuat turun aplikasi Nord Launch. Anda akan mendapat kod jemputan untuk melayakkan anda menonton pelancaran tersebut.

Lebih menarik, terdapat sumber lain yang mendedahkan bahawa OnePlus Nord bakal dihuni sokongan OIS (Optical Image Stabilization). Salah seorang pengasas OnePlus kemudiannya membalas ciapan tersebut dengan pengesahan bahawa OnePlus Nord bakal hadir dengan ciri kamera flagship.

Jika penawaran spesifikasi ini benar seiring dengan penawaran harga yang baik, OnePlus Nord mungkin bakal menjadi calon raja peranti kelas pertengahan yang baru. Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai OnePlus Nord disini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version