Site icon TechNave BM

OnePlus Nord dilancarkan: Snapdragon 765G, skrin AMOLED 90Hz, kamera Sony IMX586 bermula ~RM1,427

OnePlus hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang terbaru iaitu OnePlus Nord. Apa yang menarik tentang pelancaran tersebut adalah ini kali pertama sebuah pelancaran telefon pintar dilancar menggunakan teknologi augmented reality (AR).

Telefon ini dilengkapi cipset Snapdragon 765G, empat kamera termasuk kamera utama yang mempunyai sensor Sony IMX586 dan juga dwi-kamera hadapan. Skrinnya adalah AMOLED 90Hz berukuran 6.44 inci yang diperbuat daripada Corning Gorilla Glass 5. Seperti model flagship OnePlus 8, OnePlus Nord boleh menyokong rangkaian 5G.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord:

Ia akan mula dipasarkan untuk pasaran India dan Eropah bermula 4 Ogos serta dijual pada harga ₹24,999 (~RM1,427) untuk pasaran India. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk terbaru daripada OnePlus ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version