Site icon TechNave BM

OnePlus Nord, inilah rupa ‘midranger’ yang bakal hadir dengan paparan AMOLED

Anda pastinya sudah digembar-gemburkan mengenai kehadiran sebuah peranti kelas pertengahan (midranger) yang bakal muncul pada 21 Julai ini. Terkini, Naib Presiden OnePlus Perancis telah memberi bayangan bahawa OnePlus Nord bakal dihuni paparan AMOLED.

Bayangan ini secara uniknya disahkan melalui meme yang dikongsikannya di laman Twitter. Anda boleh melihat sendiri meme tersebut seakan mengacah kehadiran paparan AMOLED pada OnePlus Nord.

Terdapat sumber terkini pula yang mendedahkan rekaan OnePlus Nord. Untuk pengetahuan anda, gambar ini bukanlah gambar rasmi dari OnePlus. Namun, berbaloi untuk anda membayangkan reka bentuknya.

Melalui gambar rekaan OnePlus Nord ini, anda boleh melihat potongan rekaan skrin dengan bentuk pil yang dihuni dwi-kamera swafoto. Rekaan belakangnya juga seperti khabar sebelum ini yang menjangkakan tetapan kamera berciri flagship.

Sebenarnya, tetapan paparan AMOLED pada peranti pertengahan bukanlah sesuatu yang baru dalam industri telefon pintar. Namun, ianya jarang berlaku kerana biasanya paparan AMOLED hanya menghuni kebanyakan telefon pintar flagship. Anda boleh membaca berita lepas mengenai jangkaan spesifikasi OnePlus Nord dan bagaimana untuk menonton pelancarannya.

Jika spesifikasi paparan AMOLED ini benar, adakah OnePlus bakal menawarkan harga yang masih berpatutan untuk kelas pertengahan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version