Site icon TechNave BM

OnePlus Nord N1 akan tampilkan rekaan yang serupa dengan Nord N10

Tahun lalu, OnePlus telah memperkenalkan barisan telefon pintar kelas pertengahan iaitu OnePlus Nord dan mereka telah pun melancarkan beberapa telefon dalam siri itu termasuklah Nord, Nord N10 dan Nord N100. Kini OnePlus mungkin akan melancarkan satu lagi telefon dalam siri itu iaitu OnePlus Nord N1.

Nord N1 yang mempunyai kod nama Ebba akan mempunyai reka bentuk yang sangat serupa dengan Nord N10, termasuklah skrin 6.49 inci dengan lubang punch hole di bahagian atas kiri dan bicu audio 3.5mm. Untuk pengimbas cap jari pula, ia telah dipindahkan ke bahagian sisi di mana ia disepadukan dengan butang kuasa.

Daripada segi kamera, Nord N1 mungkin akan dilengkapi tiga kamera di bahagian belakang.

Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang Nord N1. Untuk Nord N10 pula, ia baru dilancar di Malaysia pada 22 Mac dengan harga bermula RM999.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Nord N1 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VOICE

Exit mobile version