Site icon TechNave BM

OnePlus Nord N10 5G dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz, Snapdragon 690 bermula RM999

OnePlus Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaru dalam siri OnePlus Nord iaitu OnePlus Nord N10 5G berharga RM999. Sebelum ini, telefon tersebut telah pun dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada bulan Oktober 2020.

Nord N10 menampilkan spesifikasi yang agak menarik, terutamanya sokongan 5G untuk harga yang mampu milik. Ia mempunyai skrin berukuran 6.49 inci dengan kadar segar semula 90Hz, kamera kuad 64MP, cipset Snapdragon 690 5G, bateri 4,300mAh, pengecasan pantas Warp Charge 30T dan bicu audio 3.5mm.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Nord N10 5G:

OnePlus Nord N10 5G akan mula dijual dalam pasaran Malaysia bermula 27 Mac jam 12:00 tengah malam di Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki OnePlus Nord N10 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version