Site icon TechNave BM

OnePlus Nord N10 dan Nord N100 bakal hadir dengan harga dibawah ~RM1,571

Terdahulu, OnePlus telah mula melancar peranti kelas pertengahannya iaitu OnePlus Nord. Keluarga Nord kini dilaporkan akan mempunyai ahli terbaru iaitu OnePlus Nord N10 dan OnePlus Nord N100 yang akan dilancar 26 Oktober ini.

Mengenai spesifikasinya, Nord N10 dijangka hadir dengan janaan cipset Snapdragon 690, paparan FHD+ 6.49 inci 90Hz, RAM 6GB dan storan 128GB. Ia turut dijangka tampil dengan kamera utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 13MP + 2MP sensor kedalaman. Tambah sumber, ia bakal hadir dengan bateri 4300mAh.

Untuk Nord N100, peranti kelas permulaan ini bakal hadir dengan Snapdragon 460, RAM 4GB, storan 64GB dan bateri 5000mAh. Kamera utamanya pula bakal dihuni sensor 13MP + 2MP makro + 2MP kedalaman. Tambah sumber, kedua-dua peranti ini bakal hadir dengan harga dibawah $379 (~RM1,571).

Sumber: MaxJmb

Apa pun, kesemua maklumat yang dinyatakan adalah dari sumber tidak rasmi, OnePlus masih lagi tidak mengeluarkan maklumat mengenai spesifikasi kedua-dua peranti dan kami tidak tahu sekiranya peranti ini bakal hadir di Malaysia atau tidak.

Apakah pandangan anda mengenai OnePlus Nord N10 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version