Site icon TechNave BM

OnePlus Nord N10 dan N100 dilancar: Telefon kelas permulaan pertama oleh OnePlus bermula ~RM880

OnePlus telah melancarkan sepasang telefon pintar baru dalam siri Nord iaitu OnePlus Nord N10 dan OnePlus Nord N100. Daripada segi spesifikasi, kedua-dua telefon ini adalah lebih rendah daripada OnePlus Nord asal dan merupakan peranti OnePlus pertama dengan sokongan kad memori microSD.

Di antara kedua-dua telefon OnePlus baru ini, N10 menampilkan spesifikasi yang lebih canggih manakala N100 pula adalah untuk mereka yang inginkan telefon bajet. Sebagai contoh, N10 menampilkan skrin dengan resolusi dan kadar segar semula yang lebih tinggi serta lebih banyak kamera berbanding N100.

OnePlus Nord N100 (kiri) dan OnePlus Nord N10

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord N10:

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord N100:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Nord N10 atau N100 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version